Perkahwinan dan perceraian Sujarinee_Vivacharawongse

Vajiralongkorn dan Sujarinee berumahtangga dalam suatu upacara istiadat perkahwinan diraja pada Februari 1994. Namun, perkahwinan mereka tidak mendapat restu daripada bonda Vajiralongkorn, Ratu Sirikit. Setelah berumahtangga, Sujarinee diizinkan untuk mengubah namanya kepada Mom Sujarinee Mahidol na Ayudhya (หม่อมสุจาริณี มหิดล ณ อยุธยา) untuk menunjukkan bahawa beliau telah berkahwin dengan seorang putera raja. Beliau juga dilantik menjadi pegawai bertauliah berpangkat Mejar dalam Tentera Diraja Thai dan telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara diraja di samping suaminya.

Sujarinee melarikan diri ke England bersama anak-anaknya anaknya. Suaminya kemudian meletakkan poster yang menuduhnya melakukan hubungan sulit dengan Anand Rotsamkhan (อนันต์ รอดสำคัญ), seorang Marsyal Udara berumur 60 tahun di sekeliling istana.[4] Vajiralongkorn berjaya membawa anak perempuannya, Busyanambejra, pulang ke Thailand untuk tinggal bersamanya. Gelaran diraja dan juga pasport diplomatik isteri dan anak-anak lelakinya ditarik balik. [5] Mereka kini menetap di Amerika Syarikat.[6]

Pasangan ini mempunyai lima orang anak:

  1. Putera Juthavachara Mahidol (จุฑาวัชร มหิดล) lahir pada 29 Ogos 1979
  2. Putera Vacharaesorn Mahidol (วัชรเรศร มหิดล) lahir pada 27 Mei 1981
  3. Putera Chakriwat Mahidol (จักรีวัชร มหิดล) lahir pada 26 Februari 1983
  4. Putera Vatcharawee Mahidol (วัชรวีร์ มหิดล) lahir pada 14 Jun 1985
  5. Puteri Busyanambejra Mahidol (บุษย์น้ำเพชร มหิดล) lahir pada 8 Januari 1987